R31 Dr Reckeweg Untuk Tambah Berat Badan

Image

remedi titis homeopathy untuk membantu merawat darah rendah atau anemia

R31 Dr.Reckeweg – Untuk Tambah Berat Badan

R95 Alfalfa Tonic with Ginseng yang pernah saya buat artikel pada Mei 2010 telah mendapat maklum balas yang amat memberangsang. Kini saya ingin memperkenalkan R31 Dr.Reckeweg jenis titis (drop) untuk membantu mempercepatkan proses mendapat pertambahan berat badan yang di idamkan.

R31 sebenarnya sudah lama dipasaran, namun kesuntukkan masa menyebabkan saya tidak dapat untuk membuat artikel di blog mahu pun web biohomeopati.com. Disebabkan beberapa siri kejayaan membantu kanak-kanak dan dewasa yang terlalu kurus dan tidak ada selera makan dengan gabungan R95 dan R31 telah banyak membuah hasil melalui lawatan pesakit ke klinik saya.

Amnya individu yang terlalu kurus akan mengalami masalah darah rendah atau anemia. Anemia ialah keadaan dimana tubuh tidak mempunyai kuantiti secukupnya darah merah yang sihat. Darah merah membekal oksigen ke tisu-tisu di tubuh.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih pantas dan saya mencadangkan anda mengambil R31 dan R95 dalam masa yang sama.

Dos :

3 kali sehari 10-15 titis dalam sedikit air sebelum makan. Jika terjadi anemia dicadangkan dos yang lebih kerap. Anda boleh menambah dos sebanyak 6-10 kali sehari pada hari yang pertama. Jika tidak ada perubahan kurangkan 2-3 dos di dalam satu hari.

Penting: Jika kanak-kanak; sila jangan beri coklat, gula-gula dan telur, kerana ia akan menambah bebanan kepada hati untuk bekerja dan proses ini akan mengurangkan selera makan.

Makanan yang dicadangkan, pudding susu, emping oat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Daging boleh diambil secara selang seli. Sosej atau makanan yang disejuk beku hendaklah dielakkan.

Orang dewasa juga boleh mengguna kaedah seperti di atas.

Indikasi R31

Seperti R95 indikasinya;

Darah rendah (anemia) yang kronik, kepenatan kerana melakukan kerja berat, melalui proses penyembuhan selepas sembuh dari sakit yang lama, terutama demam yang menadikan tubuh lemah, kesakitan atau dari pembedahan, selepas bersalin, berat badan jatuh mendadak atau proses pembesaran yang terbantu dikalangan kanak-kanak, dan kepada yang ingin menambah tenaga secara semulajadi.

Chronic conditions of anemia, anxiety due to overwork, exhaustion; ideal for use during convalescence, especially for those recovering from debilitating fever, illness or surgery; after pregnancy; following weight loss or growth spurts in children; for anyone wanting to naturally increase energy level.

Sementara R31 indikasinya;

Darah rendah, kehilangan selera makan dan biasanya akan terjadi pembengkakan kelenjar, kesan dari penyakit akiut. Semua jenis darah rendah yang dicetus oleh toksik akibat rawatan atau penyakit.

Anaemia; lack of appetite, especially among children; often accompanied by swellings. After-effects of acute ailments. All kinds of anaemia frequently induced by the new toxicant effect of the treatment of other illnesses.

R31 dipek di dalam botol kaca 22ml

Harga sebotol : R65

Kos Pos : Percuma

Harga pakej untuk : R95 dan R31 hanya RM120 (sudah diskaun RM25)