R31 Dr Reckeweg Untuk Tambah Berat Badan

Image

remedi titis homeopathy untuk membantu merawat darah rendah atau anemia

R31 Dr.Reckeweg – Untuk Tambah Berat Badan

R95 Alfalfa Tonic with Ginseng yang pernah saya buat artikel pada Mei 2010 telah mendapat maklum balas yang amat memberangsang. Kini saya ingin memperkenalkan R31 Dr.Reckeweg jenis titis (drop) untuk membantu mempercepatkan proses mendapat pertambahan berat badan yang di idamkan.

R31 sebenarnya sudah lama dipasaran, namun kesuntukkan masa menyebabkan saya tidak dapat untuk membuat artikel di blog mahu pun web biohomeopati.com. Disebabkan beberapa siri kejayaan membantu kanak-kanak dan dewasa yang terlalu kurus dan tidak ada selera makan dengan gabungan R95 dan R31 telah banyak membuah hasil melalui lawatan pesakit ke klinik saya.

Amnya individu yang terlalu kurus akan mengalami masalah darah rendah atau anemia. Anemia ialah keadaan dimana tubuh tidak mempunyai kuantiti secukupnya darah merah yang sihat. Darah merah membekal oksigen ke tisu-tisu di tubuh.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih pantas dan saya mencadangkan anda mengambil R31 dan R95 dalam masa yang sama.

Dos :

3 kali sehari 10-15 titis dalam sedikit air sebelum makan. Jika terjadi anemia dicadangkan dos yang lebih kerap. Anda boleh menambah dos sebanyak 6-10 kali sehari pada hari yang pertama. Jika tidak ada perubahan kurangkan 2-3 dos di dalam satu hari.

Penting: Jika kanak-kanak; sila jangan beri coklat, gula-gula dan telur, kerana ia akan menambah bebanan kepada hati untuk bekerja dan proses ini akan mengurangkan selera makan.

Makanan yang dicadangkan, pudding susu, emping oat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Daging boleh diambil secara selang seli. Sosej atau makanan yang disejuk beku hendaklah dielakkan.

Orang dewasa juga boleh mengguna kaedah seperti di atas.

Indikasi R31

Seperti R95 indikasinya;

Darah rendah (anemia) yang kronik, kepenatan kerana melakukan kerja berat, melalui proses penyembuhan selepas sembuh dari sakit yang lama, terutama demam yang menadikan tubuh lemah, kesakitan atau dari pembedahan, selepas bersalin, berat badan jatuh mendadak atau proses pembesaran yang terbantu dikalangan kanak-kanak, dan kepada yang ingin menambah tenaga secara semulajadi.

Chronic conditions of anemia, anxiety due to overwork, exhaustion; ideal for use during convalescence, especially for those recovering from debilitating fever, illness or surgery; after pregnancy; following weight loss or growth spurts in children; for anyone wanting to naturally increase energy level.

Sementara R31 indikasinya;

Darah rendah, kehilangan selera makan dan biasanya akan terjadi pembengkakan kelenjar, kesan dari penyakit akiut. Semua jenis darah rendah yang dicetus oleh toksik akibat rawatan atau penyakit.

Anaemia; lack of appetite, especially among children; often accompanied by swellings. After-effects of acute ailments. All kinds of anaemia frequently induced by the new toxicant effect of the treatment of other illnesses.

R31 dipek di dalam botol kaca 22ml

Harga sebotol : R65

Kos Pos : Percuma

Harga pakej untuk : R95 dan R31 hanya RM120 (sudah diskaun RM25)

Holistic Homeopathy

Holistic Homeopathy Acne & Scar Teatment


Tahukah penyebab UTAMA jerawat anda ?


Nota : Hanya remedi atau ubat oral Dr.Reckeweg yang dihasilkan di Germany, Krim dan sabun adalah buatan India, yang dipanggil Carmino Complexion Cream dan Soap, hanya bekas sahaja telah dinaiktaraf

Jerawat tidak mengenal bangsa , darjat dan keturunan, hampir 80% remaja gadis dan lelaki di Malaysia mengalami jerawat akibat dari pemakanan dan polusi. Akhirnya anda boleh tersenyum dengan kaedah paling selamat didunia!

Jerawat atau akne merupakan masalah kulit yang biasa, yang bukan hanya akan meninggalkan parut di muka sahaja tetapi akan menjadikan seseorang itu merasa rendah diri, kerana tekanan perasaan akibat rasa rendah diri sehinggakan ramai yang terjebak dengan ubat-ubat jerawat dan produk-produk kosmetik yang merbahaya. Akibatnya masalah jerawat dan kulit semakin bertambah teruk.

“Untuk merawat sehingga sembuh jerawat yang dimuka anda, adalah sangat KRITIKAL untuk anda memahami punca SEBENAR yang menyebabkan jerawat terjadi…” ( TIDAK seorang pun ahli dermatologi atau sesiapa pun yang pernah memberitahu anda)…

Testimoni pengguna

salam doc..ada bnd lupa nak gitau doc.. jrwt makin berkurangan n sembelit pun dah ok

tp 1 yg sy br prasan bila dah 3 minggu ambil pakej komprehensif R7,23,53, krim calendula n sabun, kulit

bdn mcm jd cerah sikit..sbb kwn2 yg tgor. 2 mggu lps sy main basket wakil

campus. apa lagi kulit tgn n muka burn gila la..skrg burn kat tgn dah

hilang mlh kelihatan lg cerah dr b4 ni. kat muka plak, burn tu tak la

hilang sepenuhnya tp still kwn2 ckp sunburn tu dah mula pudar n cepat

pulak tu..kwn2 yg lain still burn lg so diorg tny apa yg sy pkai..so sy

pon promote la produk2 homeopati ni..hehehe..alrite

itu shj..selamat brbuka doc..

Cik Dy, Shah Alam.

PUNCA sebenar terjadinya jerawat


Owhh .. tidak bukan kerana bacteria seperti yang anda agak dan baca di online, jika disebabkan bacteria pastilah jerawat akan menjadi penyakit berjangkit..

Juga bukan kerana diet pemakanan yang salah (jika akibat diet yang teruk pastilah lagi ramai yang akan mengalami jerawat, tetapi bukan semua yang mengamalkan diet yang tidak teratur mengalami masalah jerawat).


Pasti anda begitu MISTERI apakah PUNCA utama jerawat?


Testimonial Pengguna 2

Alhamdullilah jerawt sy dh kurng walau masih ada yg kcl tumbuh 2,3 tmpt.sy nk bli lg set Komprehensif tu R7,23 & 53 sabun dank rim tu pun bes. R7 kwn nk ordr.dulu sy yg sms doc lwt mlm.doc suggst pakej n sabun n 2 krim tu.sy nk bnk in dlm 25 hb or 26.tunggu gaji.agak2 smua 4 brg ada tk doc tarikh tu.

Cik Jie, Kelantan D.N


PUNCA
sebenar terjadinya jerawat


Hanyalah 2 perkara dan tidak lebih dari 2 perkara berikut…


…Pengumpulan toksik yang terjadi di dalam darah dan sistem limfa di mana hati (liver) gagal untuk menyahtoksik dan meneutralkan darah untuk dibekal ke sel-sel dan akibat ketidakseimbangan hormon….

Tidak begitu jelas ..begini…

Bila kita bernafas atau makan ia akan mengumpul toksin. Hati akan bekerja keras untuk meneutralkan toksik-toksik tersebut. Bila anda alami sembelit, maka anda meletakkan hati pada situasi yang amat sukar untuk meneutral toksin-toksin yang terhasil, lalu akan menjurus kepada pengeluaran toksin ke kulit dan muka. Akhirnya toksin yang berlebihan itu akan menyebabkan pengeluaran toksin ke kulit dan muka, akibatnya menjadi jerawat dan pelbagai masalah kulit.

Hati (liver) bertanggungjawab untuk menyahtoksik darah yang datang dari kolon atau usus besar, paru-paru dan sistem limfatik. Bila sudah dineutralkan,

darah tersebut akan bergerak ke seluruh tubuh. Darah yang dineutral itu akan membekalkan sel-sel dengan oksigen dan fungsinya untuk proses penghadaman nutrisi.

Dan

Hormon adalah berunsur kimia di dalam tubuh yang digunakan sebagai utusan di antara organ dan memberi isyarat untuk organ-organ tersebut bertindak apa yang sepatutnya.

Berbalik kepada jerawat anda.. hormone androgenic akan memberi arahan kepada kelenjar minyak di kulit untuk menghasilkan sebum atau minyak di kulit dengan kuantiti yang sepatutnya untuk “dikeluarkan”

Jika hormone androgenic terjadi dengan banyak dan terapung di sekitar kelenjar minyak atau sebum, maka terjadilah “pengeluaran berlebihan” sebum atau minyak di kulit.


Testimonial Pengguna 3

Pink —: lepas saya makan pkej komprehensif ni tu. Krim dan sabun tu kulit saya licin

Pink —: saya ingat saya perasaan kali adik saya tegur

Dr—: owhh

Pink —: oooo upenye saya tak perasaan le, lps amik r7 sembelit ok jerawat pn slow down

Pink —: mmg betul ar

Pink —: hihihi

Dr—: hehehe

Dr—: alhamdulilah

Pink —: alhamdulillah

Pink —: segala puji bagi Allah

Cik Ida, Manjalara KL


Jerawat akhil baligh… mengapa terjadi ?


Jerawat sering terjadi bila seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan menghampiri atau setelah akil baligh kerana..

Terjadi gelombang yang besar (seolah-olah litar pintas) pada kadar serentak atau sekaligus yang dihasilkan oleh androgenic hormone.

Apabila proses ini terjadi, hati akan menjadi “sesak”, proses peneutralan menjadi perlahan akibat “kerja tambahan” selain untuk meneutral toksin yang dihasilkan sebelum ini, lalu terjadi pertindihan hormon-hormon serta darah bertoksin didalam hati akibat “serbuan” tersebut.

Bila hati gagal untuk “bekerja kuat”. Darah akan dipenuhi lebihan hormone androgenic dan darah bertoksin yang akan mengakibatkan “breakout” yang menggila di muka remaja tersebut.


Testimonial Pennguna Ke 4

Ass’kum doc . Saya baru berumur 16 thn, jerawat mula naik bila saya mula period pada form 1, dahi , pipi dan dagu ..besar2 pulak tu, mak dah beli mcm2 ubat sapu tetapi makin teruk ada la, mujur sepupu saya sudah mencuba pakej ni dan hampir pulih pun.. so saya minta mak orderkan. Dah hamper masuk bulan kedua doc , saya suka bau sabun tu sedap sangat, krim pun ok tetapi bila minum R7,R53 dan R23 hihihihi tak sedap tapi demi untuk cantik saya teruskan juga. Ada ke lain2 remedi atau pakej untuk saya teruskan doc?

Ina, Sandakan Sabah

Holistic Homeopathy Acne & Scar Teatment


Jerawat tidak mengenal bangsa , darjat dan keturunan, hampir 80% remaja gadis dan lelaki di Malaysia mengalami jerawat akibat dari pemakanan dan polusi. Akhirnya boleh tersenyum dengan kaedah paling selamat didunia!


Kerap kali bila jerawat mula tumbuh dimuka, anda akan panik , dan tidak tahu bagaimana hendak mendapat rawatan dan nasihat.

Bagaimana untuk mendapat kulit yang cantik tanpa membahayakan kesihatan dan kesan sampingan ?

Homeopati adalah sistem perubatan yang berusia lebih 2 abad yang menawarkan remedi (tidak disebut ubat kerana homeopati tidak menggunakan sebarang dadah) yang selamat, lembut, berkesan dan boleh diharap, untuk remaja dan juga orang dewasa.

Di Malaysia kesedaran tentang bahayanya produk kosmetik semakin meningkat, ramai yang mencari-cari produk yang selamat dan tanpa kesan sampingan. Oleh itu produk homeopati mendapat permintaan yang tinggi kerana kesan penyembuhannya tidak artificial tetapi adalah penyembuhan yang sebenar.


Bagaimana rawatan secara Holistik Homeopati ?


Homeopati tidak merawat masalah kulit seperti jerawat dengan hanya menyapu krim dan membenam jerawat kedalam kulit muka. Konsep Homeopati lebih menyeluruh dan percaya rawatan secara holistik adalah penting dimana merawat keseluruhan tubuh pesakit bukan hanya pada muka atau di mana penyakit itu terjadi sahaja.

Pakej Holistic Homeopathy For Acne And Scar Treatment, adalah remedy 100% persediaan Homeopati yang rumus khas oleh pakar-pakar Homeopati Germany khusus untuk merawat jerawat dan parut. Disedia di dalam bentuk cecair untuk mempercepatkan proses penyerapan ke dalam sel-sel tubuh.

R7 – Setiap masalah kulit seharusnya bermula dengan rawatan mencuci hati (liver drainage treatment) yang akan membantu menghapus pengumpulan sejumlah toksin yang terdapat didalam tubuh, pengumpulan toksin didalam tubuh adalah penyebab utama terjadinya masalah kulit yang teruk dan kronik.

R23 – Adalah untuk rawatan masalah eczema yang akiut (tiba-tiba) dan kronik (lama), jerawat, kesan hitam bila luka atau jerawat mula sembuh (scabs), lepuhan (blister) dan kulit kering yang bersisik. Biasanya erupsi (eruptions) adalah basah dan akan membentuk nanah.

R23 – Adalah remedy yang amat berkesan untuk remaja malah juga kepada orang dewasa yang mengalami jerawat batu, eczema, inflamasi kulit (dermatitis) dan pembentukan nanah . Formula ini sesuai untuk keadaan muka berminyak atau pun kering.

Cream Complexion With Aloe Vera – Krim sapuan Homeopati yang amat lembut tetapi amat berkesan untuk mengawal jerawat yang bernanah, menghapus parut dan jeragat dengan formula Homeobotanical, krim ini bebas dari bahan-bahan kosmetik, hydroquinone dan lain-lain.

Sabun Complexion – mempunyai pH yang amat sesuai dengan semua jenis kulit, formula bunga-bungaan yang mempunyai kesan antiseptic, anti-oxidant dan anti-ageing serta mencerahkan kulit. Sabun ini juga mengandungi 100% bahan Homeobotanical yang tidak tertaluk dengan bahan-bahan kosmetik atau kimia.

Cara pengambilan remedi:

Remedi R7 , perlu dihabiskan terlebih dahulu. Titis 15 titis 3 kali sehari sewaktu perut kosong.

Remedi R23 di ambil selepas remedy A1 habis , di selang seli dengan remedi R53, Titis 15 titis 3 kali sehari sewaktu perut kosong. Cara pengambilan , pagi ambil R23 , tengah hari ambil R53 dan malam ambil R32 semula.

Krim Complexion With Aloe Vera perlu diguna pada sebelah malam sahaja, selepas dicuci muka dengan Sabun Calendula Plus bersama-sama air suam. Krim disapu secara putaran keseluruh muka dan biarkan semalaman.

Harga pakej yang amat menjimat hanya RM190 dan penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia , jika dibeli berasingan kos untuk keseluruhan produk-produk hebat ini ialah RM300

R95 Alfalfa Tonic Dr.Reckeweg

Ada yang hendak ubat kurus kerana  ingin kurus , dan yang kurus hendak ubat gemuk kerana menjadi agak berisi, sudah menjadi lumrah alam begitulah. Terlalu kurus pun pelbagai penyakit juga mula ingin menjadi teman. Pelbagai masalah sampingan akan bersama-sama dengan individu yang terlalu kurus seperti Aneamia (kurang darah dalam bahasa mudahnya). Bila Anemia terjadi seseorang itu akan merasa letih yang melampau, sering pening-pening, tidak ada selera makan dan lain-lain.

Alfalfa tonic with Ginseng akan membantu menambah kuantiti darah dengan secara semulajadi, malah Alfalfa tonic with Ginseng juga berupaya membantu memulih tenaga kepada pesakit yang baru sembuh dari penyakit yang dideritai dalam jangkamasa yang panjang seperti baru baik dari koma, baru sembuh akibat demam Denggi dan lain-lain.

Berikut ialah indikasi Alfalfa tonic with Ginseng, R95.

Indikasi: Anemia (kurang darah) yang kronik, kepenatan melampau akibat terlalu kuat bekerja, amat sesuai bagi individu yang didalam proses penyembuhan selepas sakit yang lama, membantu menghilang letih-letih selepas demam, kehilangan darah akibat penyakit, surgery atau selepas bersalin. Kanak-kanak yang bantut tumbesaranya dan pada sesiapa yang ingin menambah tenaga secara semulajadi.

Alfalfa tonic with Ginseng juga berupaya mencergaskan minda, menstabilkan emosi dan memberi tenaga kepada pelajar-pelajar yang padat jadual waktunya. Pagi bersekolah biasa, petang bersekolah agama dan malam pula kelas tambahan. Begitu juga pelajar-pelajar di IPTA dan IPTS yang sering mengadu amat keletihan dengan bebanan “assignment”, “presentation” dan bermacam-macam lagi. Alfalfa tonic with Ginseng akan memberi tenaga dengan secara semulajadi dan mengekalkan kecergasan kepada tahap optimum, bila tubuh cergas minda pun akan berfungsi dengan lebih kreatif dan cekap.

Harga : RM100 RM80 (harga terbaru promosi) penghantaran percuma ke Seluruh Malaysia.

Sila lihat di sini untuk cara memesan dan pembayaran

Testimonial Pengguna

Puan Arfah, Keramat Kuala Lumpur

Dari sebelum kahwin pun saya telah alamni masalah kurang darah, terlalu kurus dan kerap pening-pening sehinggakan sesekali saya pitam bila berjalan di tengah panas. Selepas mengamalkan Alfalfa tonic R95, dari sebelum kahwin sehingga beranak satu sekarang, saya amat berpuas hati dengan kesan positif Alfalfa tonic R95. Masalah kurang darah saya semakin baik dari hari ke hari sehinggakan sewaktu mengandung pun,  saya tidak memerlukan “obimin”. Hanya Alfalfa tonic R95 sebagai penambah darah, tenaga dan mental. Saya menjadi lebih bertenaga sewaktu mengandung dan bila melahirkan anak, anak saya pun adalah seorang yang sihat dan cergas. Terima kasih Drhomeopathy.

Puan Najiha, Limbang Sarawak

Kawan-kawan menggelar saya papan nan sekeping, geram betul saya dengan mereka, ada yang mengatakan bila melahirkan anak berat badan akan naik tetapi bagi saya ia tidak terjadi. Saya berusaha mengambil pelbagai supplement untuk menaikan berat badan saya, tetapi semua usaha tersebut gagal. Bila terbaca mengenai Alfalfa tonic R95 saya membuat keputusan bahawa saya akan mencuba ubat ini dan jika gagal juga saya tidak akan berhabis duit lagi untuk menaikan berat badan.

Huuuu.. selepas 1 bulan saya memperolehi 2 kilo pertambahan berat badan, apa lagi sambung la ke bulan 3 dan ke 4 dan sekarang saya tidak lagi digelar “papan nan sekeping” , padan muka kawan-kawan saya tu.