Info Homeopathy


Berita Harian, Sabtu – 20 Februari 1999, Kuala Lumpur  (Malaysia) – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Remedi homeopati amat selamat digunakan dan boleh diharapkan untuk memberi harapan kepada semua pesakit-pesakit kronik (lama) yang biasanya menderita akibat kesan sampingan yang dihasilkan oleh perubatan konvensional (moden).

Bukanlah menolak konsep perubatan konvensional tetapi perubatan homeopati memberi alternatif kepada pesakit untuk memilih jenis perubatan yang memberi manfaat kepada mereka. Perubatan konvensional diperlukan di saat pesakit mengalami serangan akiut (tiba-tiba) seperti asthma, sakit jantung dan demam panas. Selepas kesakitan akiut telah dikawal pesakit boleh memilih untuk meneruskan rawatan dengan kaedah homeopati yang lembut dan tidak mendatangkan kesan sampingan yang teruk.

Makna Sebenar Homeopati

(SERUPA TETAPI TIDAK SAMA)

Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)

Dr Samuel HAHNEMANN (1755-1843)

Pengenalan

Ungkapan ‘serupa tapi tidak sama’ bukan suatu yang asing dalam dunia akademik. Beberapa bidang ilmu termasuk matematik menggunakannya bagi menerangkan maksud suatu konsep yang kelihatan seakan sama dengan konsep lain sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Kadang-kadang ungkapan ini digunakan oleh masyarakat umum bagi menerangkan sesuatu, tetapi mereka tersasul mengatakan ianya ‘sama tapi tidak serupa’.

Di dalam bahasa Inggeris, homeopati ditulis sebagai homoeopathy atau kadangkala dieja homeopathy. Tetapi istilah homoeopathy sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani (Greek) iaitu homoios dan pathos. Makna homoios dan pathos telahpun digunakan secara keliru di dalam sesetengah jurnal dan berita yang dikeluarkan oleh beberapa persatuan homeopati di Malaysia. Hal ini berlaku sama ada kerana kurang kepekaan terhadap pengertiannya ataupun salahfaham yang berlaku dalam pengajaran prinsip perubatan homeopati itu sendiri.

Pengertian Dr. Burhanuddin

Huraian pengasas homeopathy Malaysia , Dr. Burhanuddin al-Helmy berkenaan makna homeopati:

“Homeopathy berasal dari perkataan Greek. Homeo ertinya seperti, seakan-akan, semisal, serupa, seiras, seraksi. Pathy dari perkataan Pathos ertinya sakit atau penyakit, penanggungan sakit. Maksud homeopathy itu ialah cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat orang sakit dengan ubat yang berkhasiat serupa dengan semboyan orang sakit itu”. (Mohamed Hatta Abu Bakar, Homeopati: Perubatan Alaf Baru, 1999: ms. 85)

“Cogan kata kaedah ini disebutkan dalam bahasa Latin: Similia- Similibus-Curentur. Ertinya: ‘Serupa dengan serupa boleh menyembuhkan.’” (Mohamed Hatta Abu Bakar, 1999: ms. 84-85).

Saranan Istilah

Apa yang dinyatakan oleh Dr. Burhanuddin itu amat bertepatan dengan makna yang diberikan dalam kuliah ilmu perubatan homeopati di peringkat internasional. Buku-buku dan nota kuliah mereka jelas seragam, termasuk dalam kamus bahasa Latin dan Inggeris. Persoalan pengamal homeopati di Malaysia kurang memahami atau tidak menitikberatkannya adalah persoalan yang berbeza. Tetapi yang jelas Dr. Hahnemann sendiri pernah menegaskan peri pentingnya pemahaman yang betul dan mengkritik mereka yang jahil mengenainya.

Berpandukan tulisan Dr. Burhanuddin al-Helmy dan pada pengamatan saya terhadap istilah atau perkataan yang dibangkitkan di sini, saya ingin menyarankan penggunaan dan penyeragaman istilah atau perkataan berkaitan. Saranan ini akan berupa rumusan bagi menyelesaikan isu kegagalan memartabatkan istilah yang tepat kepada perkataan asal “homeo” atau “similar”. Istilah-istilah dan perkataan-perkataan itu ialah:

· Homeo bermakna serupa

· Homeopathy bermakna serupa – penyakit

· Homo bermakna sama

· Homogenous bermakna sama – jenis

· Homosexual bermakna sama – jantina

· Similar bermakna serupa, seraksi, seiras, semisal, seakan

· Same (identical) bermakna sama (identikal)

· Similia-Similibus-Curentur bermaksud ‘Serupa dengan serupa boleh menyembuhkan’.

· Similimum diertikan keserupaan atau “serupa dalam hampir setiap aspek.

· Law of Similars bermaksud Hukum Keserupaan atau Undang-undang Seraksi

· Like cures like bererti ‘(Penawar) yang serupa menyembuhkan (penyakit yang mempunyai simptom sakit) yang serupa’.

Akhir kalam, boleh disimpulkan bahawa sememangnya ada yang serupa tetapi tidak sama. Yang serupa itu tidak sama dalam semua aspek. Ada yang sama, tetapi tidak sama dengan yang serupa. Dr. Samuel Hahnemann menganggap perkara ini sebagai asas bagi kefahaman terhadap falsafah dan prinsip ilmu perubatan homeopati. Saya percaya demikian jugalah halnya dalam bidang-bidang yang lain yang menggunakan konsep atau ungkapan ini.

Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)
homeohbi@yahoo.com

Synopsis: The True Meaning of Homoeopathy (Makna Sebenar Homeopati) is taken from an original article “Serupa Tetapi Tidak Sama” which is published along other selected articles as an ebook in 2004. The reference cited is listed in the bibliography section of the article within the ebook. The ebook entitled Essays of the New Millenium (Esei-esei Milenium Baru) is also planned to be published by HBI Health & Homoeopathy Centre for promoting homoeopathy to the Malaysian public and as research reference. – Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD

Nota : Petikan ini telah di edit untuk memudahkan pembaca memahami artikel ini

5 responses to “Info Homeopathy

  1. Semoga ramai lagi pakar-pakar homeopathy tampil ke hadapan dan buktikan remedi homeopathy benar-benar berkesan kerana pada pada tahun 1918 perubatan homeopathy berjaya dengan suksesnya menangani wabak Spanish Flu berbanding Allopathy

  2. Carmino cream complexion (ccc) (gebu,putih,hilang jeragat,bintik hitam) dan
    Bio T3 Forte-set rawatan parut jerawat berlubang dan Bio-T3 Skin Forte – Set Jerawat.apa perbezaan ketiga-tiga produk tersebut?sekiranya muka berjerawat dan meninggalkan bekas jerawat berwarna hitam produk apa yg ptt saya gunakan?
    skrg sya menggunakan BioChemic Acne Scar + Carmino + Marigold Soap

    • hai yana, untuk masalah yana saya cadangkan yana tambah Bio-T3 for scar sahaja memandangkan yana sedang mengguna BioChemic Acne Scar + Carmino + Marigold Soap. Bio-T3 for scar ini disapu hanya pada parut-parut untuk memudarkan dan menghilangkan parut.🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s