Ubat Jeragat Akibat Dari Sunburn

Sinaran UV adalah sangat merbahaya kepada kulit jika terdedah didalam tempoh masa yang lama

Sinaran UV adalah sangat merbahaya kepada kulit jika terdedah didalam tempoh masa yang lama

 

Ubat Jeragat Jika Alami Sunburn

Matahari adalah sumber utama Vitamin D bagi tubuh. Sebab tu lah bila orang Eropah datang ke negara Asia terutama Asia Tenggara mereka menjadi “meroyan” berbogel merata pantai untuk mendapat sumber Vitamin D yang asli.

Kita tidak sedar pun matahari boleh memberi khasiat Vitamin D, kerana kita tidak putus bekalan sinaran matahari untuk sepanjang tahun 🙂 .

Oleh kerana kita terlalu mewah dengan sumber Vitamin D yang terhasil dari sinaran matahari. Kita tidak boleh berjemur terlalu lama dibawah sinaran terik matahari kerana sinaran UV yang berlebihan. Ini akan menjadikan kulit kita terbakar dan seterusnnya akan terjadi jeragat.

Sinaran UV yang berlebihan akan mengeringkan kulit. Apabila kulit kekeringan, ia akan terjadi kesan bertompok atau pigmentasi, gatal-gatal,  jerawat  di muka adalah perkara biasa yang akan terjadi selepas itu. Reaksi ini dipanggil photodermatitis. Photodermatitis adalah reaksi abnormal kulit apabila terdedah kepada sinaran Ultra Violet yang berlebihan.

Siapakah yang berisiko terdedah kepada reaksi photodermatitis?

  • Mereka yang berkulit cerah dan memiliki kulit yang nipis
  • Terdedah kepada sinaran UV sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih
  • Terdedah kepada sinaran UV bermula dari pukul 11 pagi sehingga 2 petang. Pada waktu in sinaran UV menjadi sangat kuat.
Jeragat akibat terdedah kepada sinaran UV sebelum dan selepas rawatan

Jeragat akibat terdedah kepada sinaran UV sebelum dan selepas rawatan

Ubat atau Remedi Homeopathy Untuk Sunburn

Jika tersalah pilih rawatan, masalah kulit akibat sunburn akan melarat. Berkemungkinan kulit muka anda akan “rentung” atau bertambah menjadi kehitaman.

Peringkat awal biasanya akan terasa panas terbakar dan terjadi simptom merah kemerahan, ini akan menjurus kepada pigmentasi. Oleh itu amat penting untuk merawat pada peringkat awal. Remedi Belladonna sangat berkesan untuk merawat pada peringkat awal. Jika selepas itu terjadi lebam-lebam selepas proses terasa panas membakar dan merah kemerahan, remedi Cantharis adalah remedi susulan selepas itu. Sulphur juga merupakan antara remedi yang sangat penting.

Jika anda mengalami simptom seperti di atas dan inginkan konsultasi sila email saya atau whatsapp di 0193098980 atau 0192570023