5 Ubat Kurus Homeopathy Paling Berkesan

obesity-malaysia2

5 Remedi Homeopathy Terbaik Untuk Masalah Berat Badan

Obesity dan Classical Homeopathy

Pendekatan perubatan classical homeopathy  adalah  berbeza dari produk-produk untuk kurus yang lain. Homeopathy merawat individu tersebut secara keseluruhan. Terapi Classical Homeopathy adalah holistic dimana symptom dari tubuh, minda dan semangat individu tersebut menjadi garis panduan untuk disesuaikan dengan remedy.

Perubatan Homeopathy mempunyai remedy gabungan didalam satu botol. Remedi ini digelar “combination” di mana didalam satu botol terdapat lebih dari satu remedy. Pada pandangan sesetengah homeopath, salah satu remedy combination ini akan merawat pelabagai symptom  akan mampu merawat penyakit dideritainya.

Classical Homeopathy dan Single Remedy

Classical Homeopathy adalah konsep asal homeopathy.

Classical homeopathy adalah terapi secara holistic.  Seseorang yang dirawat akan dirawat secara keseluruhan. Symptom dari tubuh, minda dan karakter akan dikenal pasti untuk memilih remedy.

Remedi akan diberi secara tunggal (single remedy). Jika diberi secara combo sekalipun remedi akan disediakan didalam botol berasingan. Ini untuk mempastikan setiap remedy diberi mengikut dos yang sepatutnya.

Oleh itu remedy bagi mengatasi masalah obesity akan diatasi secara holistic dengan mengenal pasti symptom berkaitan tubuh, minda dan karakter seperti yang dinyatakan dibawah;

  1. Calcarea Carbonica

Calcarea Carbonica atau Cal carb adalah remedy utama  yang sangat berjaya membantu untuk menurunkan berat badan . Fungsi Cal carb ialah untuk mengatasi ;

  • Individu yang mempunyai lebihan lemak di abdomen dan peha
  • Kadar metabolism yang sangat rendah
  • Tubuh badan yang gempal dan lembik
  • Tubuh badan kelihatan lebih obes di bahagian punggung dan peha.

Individu ini kerap kali mempunyai simptom dan karakter  seperti ;

  • Kerap kali berpeluh yang berbau, terutama di dahi
  • Tidak boleh tahan cuaca sejuk
  • Mempunyai habit pemakanan yang pelik seperti amat gemar memakan telur rebus dan juga bukan makanan seperti kapur, pensel, tanah liat dan lain-lain.
  • Kerap mengalami sembelit.

Remedi ini juga amat berkesan untuk mengatasi obesity akibat dari masalah berkaitan thyroid.

  1. Nat Mur – Remedi nombor 2 ialah Natrium Muriaticum atau Nat Mur yang sangat berkesan untuk menurunkan berat badan secara selamat. Nat Mur adalah remedy utama untuk individu yang mengalami obesity seperti symptom dan karakter dibawah;
  • Bentuk peha dan punggung yang lebih besar atau menonjol berbanding bahagian atas yang kelihatan normal.
  • Individu yang mengalami pertambahan berat badan akibat tekanan dan stress
  • Individu merasa tubuhnya panas dan tidak boleh berada di dalam cuaca yang panas
  • Individu juga mengalami anemia (darah rendah)

Simptom dan karakter  lain seperti ;

  • Sangat gemar mengambil makanan yang masin
  • Mudah menangis

 

  1. Lyco – Remedi senarai ke 3 ialah Lycopodium Clavatum atau Lyco. Lyco adalah remedy yang menyamai Nat Mur kerana sangat berkesan untuk mengatasi obesity yang terjadi lebihan lemak di punggung dan peha. Uniknya kedua-dua remedy mempunyai persamaan tetapi amat berguna untuk berlainan symptom yang dideritai. Individu yang memerlukan Lyco mempunyai symptom berbeza seperti Individu  yang memerlukan Nat Mur;
  • Individu mempunyai masalah gastrik yang kronik , kerap sendawa serta sembelit
  • Kerap “craving” makanan manis
  • Sangat gemar makanan dan minuman panas
  • Kerap kali mengambil makanan yang berlebihan walaupun sudah kenyang sehingga pesakit mengalami kembung perut dan menjadi obes.
  • Individu ini suka menyakitkan hati orang dan mudah marah

 

  1. Nux Vomica – Nux Vom disarankan untuk Individu yang mengalami pertambahan berat badan akibat dari gaya kehidupan yang tidak sihat.

Simptom dan karakter utama yang memerlukan Nux Vom ialah ;

  • Individu yang mengalami sembelit yang sangat kronik, dimana individu tersebut merasa terlalu ingin membuang air besar tetapi hanya sedikit najis yang keluar.
  • Tidak mampu berada di dalam cuaca atau suhu sejuk
  • Habit pemakanan yang gemar makanan pedas, makanan berlemak, kopi atau air bergas lagi atau alcohol.
  • Mental; panas baran yang teruk dan mudah tersinggung

 

  1. Antimonium Crudum atau Antim Crud adalah remedy untuk mengatasi masalah obes di kalangan kanak-kanak.

Simptom atau karakter kanak-kanak ini;

  • Berkelakuan yang sering menyakitkan hati
  • Tidak suka disentuh atau dipandang
  • Tidak suka mandi air yang dingin
  • Gemar mengambil makanan berasid seperti jeruk
  • Lidahnya kebiasaannya berwarna putih
  • Kerap mengalami cirit birit atau sembelit

Remedy-remedy di atas ialah remedy utama bagi setiap symptom dan karakter individu yang mengalami obesity. Walaubagaimana pun remedy gabungan atau combo amat diperlukan untuk menambah impak positif kepada proses untuk menurunkan berat badan. Jika berminat untuk mengetahui remedy-remedy combo atau gabungan bagi remedy di atas sila Whatsapp/Telegram/SMS ke 0193098980 atau sila tinggalkan komen anda di contact form.

Penafian : Remedi atau Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mengabaikan nasihat doktor yang bertauliah. Ianya Sebagai satu langkah alternatif sahaja.

BC20 – Bio Slim Combo

Apakah BC20 ini?

Bila produk yang bermula dengan BC ini menunjukkan produk ini ialah dari persediaan garam tisu atau biochemic, sama seperti BC01,BC02,BC03 dan lain-lain yang disediakan secara kombinasi beberapa remedi biochemic untuk pelbagai masalah kesihatan. BC20 adalah ramuan kombinasi untuk menurunkan berat badan atau ingin mengekalkan berat badan yang ideal selepas seseorang itu telah berjaya menurunkan berat badan.

Boleh kurus ke bos?

Boleh kurus ke bos? , soalan yang penuh hormat dan sopan dari kawan-kawan dan adik serta saudara  saya yang boleh dianggap “chubby”. Jawapannya YA atau TIDAK. Ya jika diamalkan setiap hari dan TIDAK jika anda tidak yakin atau berfikiran negatif sebelum mencuba. Pernah saya memberi secara percuma kepada seorang saudara saya untuk mencuba tetapi tidak ada kesan langsung!, mengapa jadi begitu?. Jawapannya dia hanya ambil remedi bila ada “mood” sahaja kerana ubat itu percuma!.

Ubat kurus atau apa-apa ubat sekali pun jika diberi secara percuma, maka ubat itu akan di “tong sampahkan” , jadi selepas itu saya tidak pernah memberi secara percuma lagi … Sehinggalah saya dianggap “tangkai jering”, tak kisahlah kan..hehe.

Hasil dari sikap “tangkai jering” saya, seorang kawan  yang beratnya sentiasa di “border’ BMI “overweight telah berjaya mengawal berat badannya. Selepas 3 bulan dia membayar untuk BC20, kini dia telah berada di BMI yang selamat, dalam lingkungan BMI20!

Bila bercakap mengenai pil kurus atau ubat slim, pengguna akan mengharapkan kesan yang pantas. Contohnya “2 MINGGU ANDA DAPAT TURUN 5 KILO!” atau syarikat pil kurus atau ubat slim akan mengekploitasi pengguna yang telah berjaya menurunkan berat badan. Setiap hari Ahad pasti akan terdapat iklan yang akan terdapat gambar serta  testimoni yang amat power sekali !

Kesan yang pantas  merupakan “selling point” yang amat berharga untuk melariskan sesuatu produk, sementara pengguna juga tidak sabar-sabar untuk kembali slim tanpa menghiraukan kesan sampingan. Saya bukan anti-iklan atau anti-gimik, kerana saya juga seorang penjual yang memerlukan saya untuk memasarkan produk-produk saya, tetapi saya anti penipuan atau konsep pemasaran yang melampau-lampau sehingga membahakan para pengguna.

BC20 boleh dipesan melalui biohomeopati.com