Jeragat Hilang Tubuh Pun Sihat


cf-cs-ks-ns-sil

Biochemic  dan Masalah Kulit

Biochemic garam tisu adalah suplemen di dalam cabang perubatan homeopathy yang sangat selamat untuk semua peringkat umur dan juga kepada ibu-ibu yang hamil. Biochemic Cell Salt atau kita hanya sebut sebagai biochemic adalah mineral. Terdiri dari 12 jenis mineral yang sangat penting untuk mengekal tahap kesihatan tubuh pada tahap terbaik terutama kepada kesihatan tulang, gigi, otot-otot, tisu-tisu dan sel saraf.

Apabila tubuh kita kekurangan satu atau lebih biochemic, akan terjadi ketidakselesaan kepada sistem tubuh dan akan menjurus kepada penurunan tahap kesihatan atau disebut penyakit (disease).

Apabila melibatkan masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal, kulit kering, berkuping, bersisik, terjadi eczema atau psoriasis, biochemic sangat-sangat membantu untuk mengawal atau mengatasi masalah kulit dengan pengambilan satu atau lebih biochemic.

Di seluruh dunia biochemic akan dinomborkan dari #1- #12, untuk memudahkan para pengguna untuk hanya perlu mengenali dan mengingati nombor-nombor berbanding nama-nama remedi biochemic yang agak sukar diingat.

Terdapat perbezaan nombor-nombor ini jika di Amerika Syarikat dan Eropah. Walaubagaimana pun ianya tidak berbeza pada nama-nama remedy tetapi hanya sekadar susunan sahaja.

Berikut ialah pecahan biochemic mengikut nombor yang akan menjadi rujukan kita selepas ini;

  1. #1 Calc Fluor
  2. #2 Calc Phos
  3. #3 Calc Sulph
  4. #4 Ferrum Phos
  5. #5 Kali Mur
  6. #6 Kali Phos
  7. #7 Kali Sulph
  8. #8 Mag Phos
  9. #9 Nat Mur
  10. #10 Nat Phos
  11. #11 Nat Sulph
  12. #12 Silicea

Selain dari 12 jenis biochemic utama ini, terdapat lebih dari 15 jenis biochemic yang baharu ditemui oleh para penyelidik selepas era pengasas biochemic iaitu Dr Shuessler.

 Kulit Dan Biochemic

Apakah organ terbesar manusia adakah usus, hati, atau jantung? Jawapannya ialah kulit. Bagi yang baru mengetahui fakta ini pasti tersenyum, owhhh kulit ingatkan usus kerana usus adalah organ yang terpanjang. Usus jika diukur menyamai 6 kali ketinggian kita dan secara kasarnya anda darab 6 sebagai contoh jika ketinggian anda ialah 160 x 6 = 960cm. Walaupun usus sangat panjang tetapi kulit adalah organ yang terbesar pada tubuh kita.

Kulit sebagai pelindung tubuh, kulit adalah organ yang kuat, elastik, dan tahan air. Bahkan, mata kita juga dilindungi oleh lapisan transparansi kulit yang disebut konjungtiva. Kulit orang dewasa rata-rata luasnya sekitar 2,04 meter persegi dan berat antara 3,6 – 4,5 kilogram.

Jika kulit adalah organ terbesar di seluruh tubuh, maka hati (yang pada orang dewasa beratnya sekitar 1,4 kilogram) adalah organ terbesar di dalam tubuh. Hati juga merupakan salah satu organ yang paling aktif. Tugas hati sangat penting bagi manusia, meliputi pengolahan nutrisi seperti protein dan karbohidrat, memetabolisasi ubat-ubatan dan hormon, serta menyimpan darah, vitamin, dan mineral.

Sekarang kita sudah tahu organ yang terpanjang, terbesar di dalam tubuh dan di luar tubuh. Sebagai organ terbesar di luar tubuh, kulit memerlukan penjagaan yang rapi dan memerlukan nutrisi secukupnya untuk kelihatan sihat. Malangnya kita hanya mementingkan kecantikkan luaran sahaja tetapi jarang-jarang sangat untuk menjaga kesihatan dalaman. Kerap kali kulit hanya disapu krim, losyen, minyak atau pelbagai bahan kosmetik seperti toner, cleanser dan lain-lain tetapi kita terlupa kesihatan kulit juga berkait rapat dengan hati dan buah pinggang.

Buah pinggang dianggap organ yang ketiga terbesar kerana keupayaannya untuk membuang toksin melalui peluh dan urin. Melalui perpeluhan kulit akan membuang lebihan mineral di dalam tubuh tetapi sebaliknya, jika terlalu banyak sangat berpeluh akan terjadi kekurangan mineral dan memerlukan suplemen untuk menggantikan mineral yang hilang.

Begitu juga fungsi hati yang sangat “letih” bekerja membuang toksin. Kadang-kadang hati sudah tidak berupaya lagi bekerja dan menolak keluar toksin melalui kulit dan kulit muka adalah yang paling mudah sekali toksin untuk keluar. Lalu terjadilah jeragat, ruam, jerawat dan lain-lain lagi.

Kerap kali kita akan mengabaikan kesihatan dalaman yang berkait rapat dengan masalah kulit. Homeopathy sangat mementingkan rawatan kepada punca sesuatu masalah. Sebagai contoh jika jeragat atau perubahan warna pada kulit kelihatan kecoklatan atau kemerahan ini sebagai indikasi kemungkinan hati bermasalah dan jika keadaan kulit terdapat tanda bulat ini sebagai indikasi buah pinggang mengalami keadaan tidak seimbang.

Kulit Kering dan Biochemic

Sesetengah individu mengalami kulit yang kering, gatal, bersisik atau kelihatan pecah-pecah. Malah pada zaman moden ini ramai yang mengalami masalah kulit kering yang kronik. Ini adalah akibat kekurangan air di dalam tubuh.

Jika melalui rawatan moden masalah kulit kering akan dipreskripsi berasakan ubat-ubatan steroid dan krim yang bertoksik. Melalui perpektif rawatan homeopathy atau natural masalah kulit kering berkait dengan masalah tisu penyambung (connective tissues) menjadi lemah atau pun darah bertoksik. Jika anda mengalami masalah kulit kering anda perlu berhenti merokok, kurangkan atau berhenti pengambilan kopi, air bersoda dan makanan segera.

Nutrition selain homeopathy;

  • Evening primrose oil 500 – 1,000 mg sehari. Kulit bersisik lebih kurang 4,000 mg sehari
  • Omega 3 Fish Oil 6,000 mg sehari, ia juga bagus untuk kesihatan jantung
  • Gum Arabic atau manna dalam bentuk serbuk 1 sudu besar 1-2 kali sehari dicampur dengan 1 gelas air 100ml.
  • Jus Aloe vera disapu ke kulit untuk melegakan rasa kering

Remedi utama untuk kulit kering, gatal dan bersisik ialah #10 Nat Phos. Nat Phos akan membuang asid di dalam perut yang mengakibatkan kulit menjadi gatal dan berkuping.

Nat Phos boleh di dapati secara mentah melalui herba dan rempah ratus seperti ketumbar, jintan putih dan halia. Makanan yang kaya dengan mineral ialah raspberries, apple, strawberry, anggur dan asparagus. Minum cuka apple (apple cider vinegar) atau lemon jus juga dapat membantu mengurangkan keasidan di dalam tubuh.

 Kulit Berminyak

Individu yang mempunyai kulit berminyak akan terdapat kelebihan seperti, kurang kedutan dan biasanya akan kelihatan lebih muda dari usianya. Ia terpulang kepada keadaan lebihan minyak di kulit muka, jika terlalu berminyak sehingga meninggalkan kesan di kain ianya berkemungkinan akan terdapat masalah.

Puncanya tidak diketahui tetapi besar kemungkinan ianya berasal dari genetik. Makanan seperti “junk foods”  atau makanan segera yang diambil secara berlebihan juga dianggap sebagai penyumbang kepada masalah kulit berminyak. Masalah sembelit juga berkemungkinan sebagai penyumbang. Apabila seseorang itu mengalami sembelit toksin tidak keluar dan akan dikitar semula di dalam tubuh.

Dari pandangan perubatan homeopathy, kulit berminyak secara berlebihan ialah berpunca dari diet pemakanan yang tidak seimbang. Kerap kali masalah kulit berminyak akan hanya di atasi secara luaran mengguna krim, cleanser dan lain-lain lagi tetapi punca kepada masalah tersebut biasanya tidak akan diatasi.

cf-nm-np-sil

Biochemic Untuk Kulit kering dan berminyak

  • #1 – Calc Flour 6x
  • #9 – Nat mur 6x
  • #10 – Nat Phos
  • #12 – Silica atau Silicea 6x

Calc Flour 6x dan Silica 6x bukan hanya mampu mengatasi masalah kulit kering tetapi ianya juga mampu mengatasi masalah jeragat atau jerawat.

Jeragat dan Biochemic

Jeragat dianggap sebagai masalah kosmetik oleh perubatan moden. Oleh itu rawatan secara kosmetik akan dicadangkan seperti laser dan pengelupasan kulit. Kerap kali pesakit akan mengalami kesan yang lebih teruk dari sebelumnya. Jeragat dan lain-lain masalah kulit amatlah perlu ditangani secara dalaman dan luaran kerana jeragat berpunca dari pelbagai sebab terutama dari masalah hormon, ubat-ubatan, penggunaan kosmetik dan genetik.

Dari perspektif homeopathy masalah jeragat akan berkait dengan masalah hormon yang tidak stabil dan juga berkait masalah hati yang semakin lemah fungsinya. Adalah sangat penting untuk menangani masalah hormon dan hati yang semakin melemah fungsinya kembali ke tahap yang normal bagi setiap wanita untuk mendapat kulit yang sihat dan bebas jeragat.

Kerap kali pil perancang adalah penyebab utama kepada terjadinya jeragat, oleh itu anda sebagai wanita perlu berbincang bersama pasangan anda untuk merancang secara bebas pil perancang.

Suplemen selain homeopathy yang boleh membantu ialah seperti NAC (N-acetyl-cysteine) boleh diambil 2 kapsul 2 kali sehari (atau mengikut indikasi dilabel) selama beberapa bulan untuk mengembalikan fungsi hati ke tahap yang terbaik.

Biochemic yang telah terbukti sangat-sangat membantu untuk mengatasi masalah jeragat ialah Melasma Free. Selain Melasma Free terdapat 5 biochemic yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat selain Sepia 200, Fragaria dan Dandelion 30 ialah;

  • #1 – Calc Flour 6x – Terutama apabila melibatkan masalah penyakit kulit seperti gatal-gatal, kulit kering, berkuping, bersisik, terjadi eczema atau psoriasis, biochemic sangat-sangat membantu untuk mengawal atau mengatasi masalah kulit dengan pengambilan satu atau lebih biochemic.
  • #3 – Calc Sulph 6x – membantu mengekalkan tahap penghadaman dan membantu hati berfungsi dengan lebih cekap
  • #7 – Kali Sulph 6x – spesifik kepada masalah jeragat yang berwarna coklat dan membantu hati berfungsi dengan lebih cekap
  • #11 – Nat Sulph 6x – spesifik untuk membantu hati bekerja dengan lebih cekap
  • #12 – Silica 6x – Silica digunakan untuk mengatasi masalah kulit, rambut dan kuku. Masalah seperti kulit yang kelihatan kusam dan tidak sihat yang sering terjadi kepada kulit muka pesakit jeragat dan jerawat

Biochemic adalah remedi yang sangat selamat untuk semua peringkat umur, untuk ibu mengandung dan bayi di dalam kandungan. Biochemic juga diguna dengan meluas sebagai supplement kepada ibu hamil dari awal kehamilan sehingga ke akhir trimester. Malah biochemic juga boleh membantu memudahkan proses kelahiran dengan formula EASY PARTURATiON selain Caulophyllum yang dianggap sebagai selusoh homeopathy.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s