Ubat Jeragat Homeopathy Selain Sepia 200


Sepia 200 & Melasma Free dan Beberapa “Single Remedy”  Untuk  Merawat Jeragat Kaedah Homeopathy Mengikut Simptom Jeragat Yang Di alami.

Homeopathy adalah sistem perubatan yang berusia lebih 200 tahun yang mengguna kajian saintifik yang akan bertindak merawat keseluruhan tubuh. Homeopathy merawat punca kepada penyakit itu. Ini bermakna selain merawat jeragat, pelbagai permasalahan wanita seperti masalah hormon yang melibatkan kitaran haid, kesuburan dan emosi juga akan diatasi dengan lembut, selamat dan hampir tiada kesan buruk kepada organ-organ seperti buah pinggang, hempedu, hati atau jantung.

Perubatan homeopathy tidak menggalakkan pesakit mengabaikan nasihat doktor yang bertauliah untuk mendiagnos penyakit anda. Anda seharusnya mengikut nasihat, meneruskan mengambail medikasi yang disarankan doktor sambil mengambil remedi homeopathy sebagai pilihan alternatif untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

Remedi homeopathy amat selamat untuk diambil bersama-sama ubat-ubatan kerana remedi homeopathy tidak akan menganggu ubat-ubatan kerana remedi homeopathy bukanlah ubat yang mengandungi bahan-bahan kimia atau drugs yang memungkin komplikasi kepada ubat-ubat perubatan moden.

Set jeragat Sepia 200 dan Caulophylumm Melasma Free adalah remedi yang berasaskan 100% bahan semulajadi homeopathy sangat-sangat membantu untuk mengurangkan atau menghilangkan terus jeragat di muka. Kebiasaan perubahan akan dapat dikesan selepas 30-40 di mana jeragat akan mula berkurangan. Bagi kes-kes jeragat yang ringan akan hilang sepenuhnya di dalam tempoh 90-120 hari. Walaubagaimana pun terdapat banyak maklum balas pembeli yang menyertakan gambar dengan sukarela mengatakan jeragat mereka semakin pudar selepas 9-15 hari.

Selain Sepia 200 dan Melasma Free terdapat remedy tunggal (single remedy) yang sangat-sangat membantu untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Single remedy ini akan memfokus kepada symptom jeragat itu sendiri sementara Sepia 200 dan Melasma Free akan membantu menstabilkan hormone  yang sedang bercelaru selain membantu sistem tubuh menjadi lebih kuat untuk menyembuhkan penyakit dengan sendirinya.

Berikut ialah Single Remedy yang dicadangkan untuk diambil bersama-sama set Sepia 200 dan Melasma Free mengikut symptom anda;

Lycopodium Clavatum

Warna perang kekuningan terjadi di muka, sekitar mata terdapat bulatan seakan kebiruan, warna perang di muka dan hidung dan kerap menjadi habit mengambil makanan yang panas.

Thuja Occidentalis

Kulit kering dan spot keperangan, kulit kelihatan kotor, muka pucat, berminyak dan berkilat dan kesan hitam bawah mata

Argenticum Nitricum

Muka kelihatan tua dari usia sebenarnya, pucat dan kemerahan, terdapat spot keperangan, tegang dan keras.

Plumbum metallicum.

Muka kekuningan, muka kelihatan seperti mayat keperangan, pipi kedalam, kulit berminyak, berkilat dan pucat.

Langkah pencegahan

  • Elakkan dari kerap terdedah kepada cahaya matahari dan guna krim penghalang UV yang sesuai.
  • Jangan gunakan bahan pencuci yang keras dan kuat. Guna sabun atau pencuci yang rendah pHnya.
  • Tambah pengambilan makanan yang tinggi folic acid, sayuran yang berdaun hijau, gandum, asparagus, broccoli, buah-buahan dan sayur-sayuran.

    PENAFIAN

    Remedi  atau Produk yang disebut dalam blog ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s