Cegah dan Rawat Denggi Dengan Remedi Homeopathy


Tanda Tanda Demam Denggi

Tanda Tanda Demam Denggi

 

Negara kita sedang berdepan dengan epidemic yang tidak ada penyudahnya. Serangan demam denggi semakin hari telah meningkat. Terbaru di Klang peningkatan kes denggi telah meningkat lebih 200% dan mengakibatkan wad-wad di Hospital Tengku Ampuan Rahimah telah menjadi tertalu sejak dengan pesakit yang disyaki dan yang telah disahkan sebagai serangan denggi.

Negeri Selangor sebagai negeri termaju telah mencatatkan kes tertinggi berbanding di negeri-negeri lain. Ini berpunca dari kepadatan penduduk yang tinggi dan tahap kebersihan yang tidak diurus dengan cekap.

Rawatan dan Medikasi

Tidak ada ubat.. denggi sememangnya tidak ada ubatnya. Ini amat menakutkan, setiap hari kematian dari demam denggi telah meningkat.

Namun sebagai alternatifnya ialah Homeopathy … mengapa Homeopathy? Ini ialah kerana telah ada kajian dan kes yang telah terbukti mampu merawat dan menghalang demam denggi sewaktu wabak sedang melarat. Pakar Homeopathy di Brazil- Dr. Ana Teresa Doria Dreux, (Professor) telah berjaya mencipta formula pencegahan (prophylaxis) dan merawat denggi. (Sila KLIK SINI). Di Brazil para petugas yang ditugaskan di kawasan wabak dilaporkan selamat dan kes serangan di kawasan tersebut telah menurun dengan drastiknya. Begitu juga di India, Pakistan , Sri Lanka dan beberapa negara lain yang mencuba pelbagai alternatif untuk memerangi denggi bukan hanya sekadar percaya bulat-bulat bahawa demam denggi tidak ada ubatnya!!.

clip_image002

Setidak-tidaknya telah ada harapan untuk kita berusaha untuk merawat demam denggi yang dikatakan tidak ada ubatnya. Malangnya buat masa ini di Malaysia tidak ada usaha-usaha untuk menggabungkan kepakaran alopathy (perubatan moden) dan Homeopathy untuk memerangi demam denggi. Sedangkan di India, Sri Lanka, Brazil dan lain-lain negara telah lama mempraktikkan remedi seperti Eupatorium. Eupatorium salah satu dari remedi pencegahan dan mampu mempercepatkan proses penyembuhan dari demam denggi.

hal18

Jadi mengapa hanya berdoa sedangkan ada pilihan alternatif selain hanya sekadar melawan denggi dengan IV atau suntikan intravena sahaja?

Hasil kajian di India

Hasil kajian di India

Jika inginkan informasi selanjutnya sila email ke admin : homeopathy2u@gmail.com atau inbox di Facebook KLIK SINI

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s