Set Hapus Jerawat Bio-T3


Set 3 Produk Terdiri Dari Krim, Deep Cleanser & Acne Lift On

Set 3 Produk Terdiri Dari Krim, Deep Cleanser & Acne Lift On

Seorang gadis remaja berumur 15 tahun, yang dibawa ibu bapanya untuk mendapat nasihat mengenai jerawat anak gadis mereka yang tidak pernah “settle”. Anak gadis pasangan pertengahan 40an itu berwajah cantik tetapi kulit mukanya agak kusam dan berminyak. Bertubuh langsing, pemalu dan cepat sensitif. Jerawat akan mula keluar dengan “meriah” sebelum kitaran haid. Selain dari itu gadis tersebut juga alami masalah haid tidak teratur.

Setelah meneliti simptom dan karekter gadis tersebut saya memberi ;

  1. Pulsatilla 30 untuk dimakan/dihisap 3x sehari sewaktu perut kosong selama 2 minggu dan stop selama 2 minggu dan sambung semula selepas 2 minggu.
  2. Set Hapus Jerawat Bio-T3 (seperti di gambar) – krim ini diperkaya dengan Vitamin-E, Kolagen dan Aloe Vera sebagai agen pelembab.

Hasilnya jerawat gadis tersebut telah kecut selepas 3 hari dan muka menjadi agak bersih selepas 7 hari. Selepas 30 hari muka gadis tersebut telah bebas dari jerawat. Selepas 30 hari pasangan tersebut membawa gadis tersebut berjumpa dengan saya semula dan kulit mukanya kembali bersinar, cerah dan gebu… malangnya dia tak sudi menyumbang gambarnya untuk dikongsi.

Susulan selepas itu saya memberi Feminex untuk membantu mengawal hormon agar kitaran haid gadis tersebut mengikut masa yang sepatutnya.

Set Hapus Jerawat – Bio-T3 For Acne With Collagen & Vitamin E

Bio-T3 For Acne – Set Hapus Jerawat

Set Bio-T3 For Acne mengandungi 3 produk yang dihasilkan dengan bahan homeobotanical homeopathy  yang berasaskan bunga-bungaan, buah-buahan, kolagen dan pati minyak yang bermutu tinggi. 3 produk tersebut ialah:

  • Acne Natural Treatment
  • Non-Foaming Deep Cleanser
  • Acne Lift On Gel

Kebaikan produk ini;

  • Selamat, semulajadi dan pantas bertindak
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Melembabkan kulit secara semulajadi
  • Merawat dan mengecutkan jerawat
  • Menghilangkan parut baru
  • Mencerahkan kulit
  • Menjadi agen anti-penuaan, menghilangkan kedutan dan menjadikan kulit sihat dan bersinar

Cara mengguna set ini :

1. Bio-T3 For Acne Cream

Cara mengguna:

Sapu krim dengan rata ke semua kawasan yang dijangkiti jerawat, walaupun tanda (spot) jerawat sudah tidak kelihatan. Krim jerawat ini bertindak sehingga ke bawah permukaan kulit dan membantu untuk menghalang tanda baru dari terjadi. Krim ini digunakan selepas muka dicuci dengan Deep Cleanser atau sabun seperti Merry Gold atau Carmino Complexion Soap (CCS)

2. Non Foaming Deep Cleanser (tanpa buih)

Cara mengguna:

Cuci muka anda dengan air suam bertujuan untuk membuang kotoran yang menyebabkan pori-pori tersumbat dan juga membantu peredaran darah bergerak dengan lancar. Pastikan anda membilas muka anda dengan air biasa untuk menguatkan pori-pori anda semula. Berhati-hati, air yang terlalu panas atau terlalu sejuk akan merosakan kapilari.

Sapu Deep Cleanser ke muka dan tengkuk, ratakan dan bergerak (sapu) dari bawah ke atas. Bermula dari pipi, hidung dan kening urut dengan gerakan menolak ke luar. Biarkan Deep Cleanser selama beberapa minit untuk menyerap ke kulit, ini akan membantu Deep Cleanser untuk mengeluarkan kotoran, daki dan minyak, produk ini juga akan melembabkan kulit anda dengan formula yang lembut dan selamat. Bilas muka anda dengan air sejuk dan di ikuti air suam untuk memastikan kesemua cleanser telah dibersihkan.

3. Acne Lift On Liquid With Tea Tree Oil

Sangat berkesan untuk menghalang bacteria Propionibacterium acnes dari menyebabkan jerawat merebak dan mengecutkan jerawat.

Cara mengguna :

Selepas mencuci muka dengan Deep Cleanser, ambil kapas dan basahkan, picit Lift On Gel secukupnya ke kapas dan sapu ke seluruh kawasan yang dijangkiti jerawat. Boleh digunakan 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam atau bila-bila masa diperlukan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s