Sepia 200 dan Melasma Free – Jeragat Ada Remedinya


a ubat jeragat watermark

Sepia Untuk  Masalah Hormon Wanita

Melasma (Choloasma)

Hormon dan wanita adalah 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan, seperti irama dan lagu. Boleh dikatakan masalah kesihatan yang terjadi kepada wanita adalah berkaitan hormon yang tidak stabil. Sama ada sakit kepala sewaktu kitaran haid, beremosi sehinggalah kepada perasan marah yang tidak terkawal seperti menjerit-jerit dan menangis. Perasaan rasa panas yang menyerbu muka (hot flashes) tatkala menopause, sakit sendi dan masalah berkaitan gastro dan beberapa masalah yang terlalu banyak untuk diberi contoh.

Salah satu masalah yang sering menganggu penampilan seseorang wanita ialah Melasma atau choloasma.

Apa itu Melasma?

Melasma ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat kebiruan atau kelihatan coklat yang pudar . Melasma sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Melasma sering terjadi dibahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu.

Punca Terjadi Melasma

Punca utama tidak dapat dikenalpasti, kebiasaannya ia akan terjadi kepada wanita yang mengambil pil perancang, sering terdedah kepada sinaran matahari dan perubahan hormon sewaktu mengandung, bila ia terjadi kepada wanita mengandung ia dipanggil Chloasma . Melasma sering terjadi kepada wanita berumur 20-50 tahun.

Begitulah secara ringkasnya bagaimana Melasma menganggu emosi dan penampilan seseorang wanita selain daripada jerawat.

Homeopathy dan Melasma.

Homeopathy merupakan kaedah yang kedua popular di Amerika Syarikat selain dari penggunaan krim untuk memudarkan kesan melisma. Homeopathy mendapat tempat di hati kerana kesan penyembuhannya bukan hanya sekadar memudarkan melisma tersebut. Manfaat remedi agak luas termasuk menstabilkan perubahan hormon kepada seseorang wanita, di mana perubahan hormon yang akan mengaitkan kepada lain-lain masalah kesihatan seperti dinyatakan di atas.

Salah satu remedi utama ialah Sepia 200. Biochemic atau garam tisu yang berasaskan bahan mineral juga mampu merawat Melasma. Berikut ialah remedi yang disediakan di dalam bentuk tablet manis atau cecair.

melasma2

 

  • Sepia 200 – Melasma yang terjadi sewaktu mengandung berwarna coklat gelap seluruh muka, di pipi atau hidung. Kerap mengalami masalah haid seperti terlalu awal, haid tidak teratur dan haid yang sedikit (scanty). Wanita yang memerlukam Sepia juga sering alami rasa pedih, bengkak dan gatal di vagina.

Jika anda mengalami simptom berbeza,  anda mungkin memerlukan Caulophyllum 200,

  • Caulophyllum 200 – Bagi wanita yang mengalami masalah uterine dan masalah haid, uterus yang lemah, keputihan yang teruk, haid yang sedikit, sering sakit yang menekan di uterus dan kesakitan saraf di sendi.

Sepia 200 dan Caulophyllum 200 di saran untuk mengambil Biochemic Combo For Melasma secara selang seli bagi mendapat kesan yang lebih cepat dan berkesan.

  • Melasma Free – di ambil secara bergilir bersama-sama remedy seperti Sepia dan Caulophyllum. Melasma yang coklat gelap, di pipi sewaktu atau selepas mengandung, wanita mengandung yang sering merasa lemah-lemah tubuh badan. CP6X, KP3X, NM3X, NS3X, Sil – 12X di hisap 2-4 biji 3 x sehari sebelum makan.

Mengikut feedback gabungan telah mendapat maklumbalas yang amat memberangsangkan. Jika ada sebarang pertanyaan sila isi borang dibawah, dan saya akan mencuba menjawab dengan seberapa segera. Ceria-ceria selalu

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s