Biochemic Therapy Kali Sulph Untuk Kulit Yang Menawan


Untuk mendapatkan kulit yang cantik anda perlu memastikan darah yang mengalir di dalam tubuh anda sentiasa mendapat bekalan oksigen secukupnya. Potassium sulphate (Kali phos) ialah garam atau mineral yang memastikan oksigen yang anda sedut setiap hari akan memindahkan oksigen tersebut ke sel-sel.  Sementara Ferrum phosphoricum (Ferr Phos) akan memastikan oksigen tersebut sampai ke tempat yang dituju, Kali sulphuricum (Kali sulph) pula bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan pemindahan oksigen ke sel-sel menjadi efektif.

Ketiga-tiga remedy Biochemic atau garam tisu ini dianggap sebagai pelengkap (essential)  kepada kesihatan kulit. Kekurangan garam tisu ini akan menjadikan kulit anda pucat, kusam dan tidak bermaya. Sebaliknya jika anda mengamalkan therapy Biochemic, kulit anda akan mendapat bekalan mineral yang secukupnya untuk memastikan oksigen akan sentiasa berada kepada kadar yang secukupnya untuk menjadikan kulit anda sihat, gebu dan bermaya.

Kali sulph merupakan remedy terpenting di antara ketiga-tiga remedy Biochemic ini.  Remedi Homeopathy dan Biochemic bukan hanya “target” kepada kulit sahaja tetapi akan merawat keseluruhan tubuh yang berkaitan dengan garam tisu tersebut. Simptom dan karekter pesakit akan menjadi penanda aras kepada remedy yang sesuai,

contohnya jika anda (wanita) pemalu, tetapi kuat cemburu, kuat syak wasangka,  kerap berubah-rubah mood, haid yang terlalu sedikit (scanty menses) dan kerap kali haid yang lambat, kerap terasa pedih dan terasa berat di abdomen, sakit sendi yang berubah-rubah dan biasanya akan sakit kaki pada sebelah malam.

Pesakit yang memerlukan Kali sulph biasanya akan terlelap, dan akan terjaga kerana mengalami mimpi ngeri. Dia akan mengalami perasaan pening dan vertigo (perasaan suasana berpusing-pusing).

Kali sulph adalah remedy yang amat membantu untuk masalah conjunctivitis atau sakit mata yang akan mengeluarkan lelehan berwarna kuning.

Pesakit itu juga kadang-kadang mendapat selsema yang akan menjadikan dia akan kehilangan deria baunya.

Kulitnya akan terjadi erupsi seperti eczema, di kulit kepala akan terdapat kelemumur. Kulit kepalanya juga akan berisisik dan berwarna kuning

Simptom ini dengan jelas merujuk anda kekurangan garam tisu yang bernama Kali sulph. Gandingan bersama-sama Kali phos dan Ferr phos akan menjadikan kulit dan tubuh anda secara amnya akan kelihatan sihat, gebu dan menarik berbanding sebelum ini.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s