Selamat Datang 2012


Kurang dari 48 jam dari post ini dibuat akan muncul tahun 2012 yang di katakan mempunyai pelbagai ramalan yang pelik-pelik. Sebagai Umat Islam, saya amat mempercayai akan ketetapan yang hanya Allah Maha mengetahui apa yang akan terjadi pada esok atau lusa atau akan datang. Allah amat membenci Tukang Ramal yang boleh mengakibatkan akidah Umat Islam terpesong. Owh maaf saya berceramah tentang akidah pula .. maafkan saya. Saya bukan pakar agama apatah lagi seorang ustaz, hanya mengetahui sedikit sebanyak tentang hukum hakam.. maafkan saya jika tersalah kata.

2012… yang pastinya akan ada harapan, cabaran dan perancangan yang telah dibuat, seperti seorang teman saya yang merancang untuk memecat bosnya .. hehehe maafkan saya wahai bos – bos semua. Maksud saya dia ingin berhenti dari kerja yang selama ini menjadi periuk nasinya dan ingin menjadi bos pada perniagaannya sendiri.

Maka langkah pertama beliau untuk menjadi bos, beliau merancang untuk “set up” perniagaan yang rendah risikonya. Maka  dia pun datang ke pejabat saya untuk mempelajari cara-cara untuk “memblogging” kerana dia tahu saya sudah menjadi blogger Homeopathy sejak bertahun-tahun lamanya. Dia pulang dengan harapan menggunung bersama-sama angan-angan yang cuba dilaksanakan sehingga menjadi kenyataan.. Insya Allah.

Kenapa blog menjadi pilihannya? Mudah aje kerana blog adalah percuma. Blog boleh disiapkan hanya didalam beberapa minit sahaja. Tidak perlu pejabat yang cantik tetapi hanya dari rumah sahaja, Berbanding untuk “set up” sebuah kedai yang memerlukan kos yang amat tinggi. Itu adalah harapan, cabaran dan perancangan beliau, bagaimana pula dengan anda?.

Desas desus yang amat pasti ialah PRU13 akan di adakan pada tahun 2012. Kalau bukan 2012 bila lagi ? Saya pun tak sabar-sabar untuk mengundi, untuk memilih wakil saya yang bakal menjadi YB. Harapan saya kepada bakal YB, janganlah angkuh kerana title Yang Berhormat. Tetapi  jadilah Yang Berkhidmat kerana anda dipilih oleh rakyat dan gaji anda dibayar oleh rakyat untuk mewakili mereka. Tanpa rakyat siapalah anda!.

Walaubagaimana pun seperti yang saya katakan pada awal-awal tadi hanya Allah yang mengetahui apa yang akan terjadi.. kita hanya merancang …. Selamat Tahun Baru 2012 dan Selamat Tinggal 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s