Gagal Untuk Kurus


Kredit kepada blog homeopathy2u.blogspot.com

Mengapa anda gagal untuk kurus?

Bila anda ingin kurus, perkara pertama yang menjadi agenda utama ialahDIET!. Diet sudah menjadi kemestian, sehingga ada yang pengsan, mendapat gastrik dan menjadi lemah akibat tidak mendapat kalori yang mencukupi bagi menjana tenaga.

Apa yang terjadi, tubuh anda melawan balik dan anda tetap tidak kurus. Tubuh anda memberi isyarat menunjukan bahawa kadar metabolisma anda berada didalam situasi yang tidak betul akibat dari diet yang anda cipta sendiri. Oleh itu diet bukanlah jalan terbaik untuk kurus, kajian menunjukan bahawa kadar metabolisma anda akan berada pada tahap normal apabila anda mengambil kalori pada kadar yang secukupnya.

Masalah : Tubuh anda melawan balik, isyarat menunjukan kadar metabolisma anda pada tahap yang tidak betul.

Penyelesaian : Berhenti diet atau menyiksa diri anda. Ambil makanan secara sihat, kawal pengambilan gula, lelemak, karbohidrat. Karbohidrat (carbs) adalah penjana tenaga seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang seperti bendi, kacang merah dan lain-lain.

Jika anda makan dengan betul dan bersenam secara sistematik ia merupakan cara terbaik untuk kurus . Mengikut kajian jika anda hanya berharap pada diet, penurunan berat badan akan menjadi terlalu perlahan, tetapi bila anda mengambil medikasi sebagai bantuan, mengambil pemakanan sihat dan senaman secara berterusan, perubahan akan terjadi dengan lebih pantas.

Masalah : Anda langsung tidak bersenam

Penyelesaian : Bermula dengan senaman yang mudah , seperti membuat senaman ringan selama 15 minit sehingga anda berpeluh didalam rumah anda, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kajian telah membuktikan kombinasi makanan sihat dan bersenaman akan mempercepatkan proses untuk kurus.

Seperti contoh pil homeopati untuk menurunkan berat badan, Phytolacca Americana 3 in 1, R79 dan Phytofit (sudah tidak dijual) , walaupun dirumus dengan bahan-bahan semulajadi yang mampu mengawal kadar metabolisma kepada sesetengah individu, tetapi tidak kepada individu lain kerana medikasi yang dirumus dengan bahan semulajadi akan tertakluk kepada hukum keserasian. Ia tidak mengandungi bahan-bahan kimia terlarang yang boleh “memaksa tubuh”untuk tidak berselera makan dengan meningkat secara paksa kadar metabolisma anda.

Gaya hidup juga memainkan peranan penting, jika anda menjalani kehidupan yang amat padat jadualnya ia akan menjadikan anda letih, anda akan stress sehingga menggangu tidur dan hormon. Gaya kehidupan yang begini akan menjadikan impian anda untuk kurus agak sukar.

Masalah : Kehidupan anda tidak seimbang dan penuh dengan stress.

Penyelesaian : Susun atur semula hidup anda. Anda perlu menyusun waktu untuk senaman, untuk makan, untuk tidur, untuk kerja dan untuk rehat. Jika anda dapat mengawal stress, hormon anda juga terkawal. Oleh itu impian anda akan menjadi kenyataan.

Solusi

1. Berhenti diet yang bukan-bukan, sebaliknya ambil pemakanan yang sihat dan seimbang. Medikasi seperti Phytolacca Americana 3 in 1, R79 dan Phytofit bertindak sebagai bantuan untuk mempercepatkan lagi proses menurun berat badan

2. Bersenam dengan sistematik, secara rutin dan tidak menipu diri sendiri dengan tidak bersenam dengan mengharap medikasi sahaja.

3. Bersenam sehingga anda mengeluarkan peluh, sekurang-kurangnya 15 minit didalam rumah. Lebih baik sekiranya anda membeli alat-alat senaman seperti basikal senaman, treadmill, aerobic dan lain-lain.

4. Menyusun jadual kehidupan anda , untuk mengurangkan stress.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s