Energy Malt Yang Lazat


Energy Malt – Supplemen Untuk Tambah Berat Badan Yang Lazat

Ubat untuk kurus memang berlambak dipasaran, di pasaraya, di gerai ataupun di toko-toko ubat tradisional memang amat mudah didapati. Ubat homeopathy juga agak banyak pilihan seperti Phytolacca Americana 3 in 1, R79, BC20, Phytofit dan lain-lain. Ubat untuk menambah berat badan agak terhad di pharmasi hanya mencadangkan vitamin sebagai suplemen atau produk yang agak popular seperti Weight Gain. Ubat homeopathy agak terhad, tetapi yang paling popular buat masa ini ialah R95 Alfalfa Tonic dan Vita-C.

Seminggu sebelum berakhir Ramadan saya telah menerima produk terbaru yang diberi nama Energy Malt. Istimewanya Energy Malt ini ialah ia amat lazat dengan perisa coklat dan caramel. Kanak-kanak amat gemar untuk mengambil Energy Malt ini dan saya sendiri pun amat menggemari rasa Energy Malt yang cukup lazat seperti coklat dicampur dengan kopi.

Energy Malt adalah produk keluaran pengilang homeopathy dari India dan formulanya hampir sama dengan R95 Alfalfa Tonic. Perbezaannya Energy Malt  dan R95, Energy Malt mempunyai beberapa remedi biochemic yang penting seperti Kali.phos untuk nutrient otak, Ferrum phos untuk membina sel darah yang sihat dan Natrum phos untuk penjagaan usus.

Kebetulan anak saya sendiri pun sering tidak ada selera makan, jadi ujikaji dah di depan mata. Selepas 1 minggu dengan sukatan ; 5-10 grams (1-2 sudu teh) setiap hari 3x sehari. Anak saya ini berumur 9 tahun, jadi saya campurkan dengan susu. Jika baby yang masih mengambil makanan lembut seperti bubur boleh campurkan dengan bubur 1 sudu teh 2-3 kali sehari. Selepas 1 minggu nampaknya selera anak saya semakin baik dan beratnya mula bertambah 0.5 kg.Paling penting apabila memilih produk untuk kurus atau tambah berat badan, pastikan ubat tersebut adalah selamat, tidak menggunakan bahan kimia yang terlarang dan janji-janji yang hebat. Energy Malt adalah selamat dan boleh dikatakan sifar kesan sampingan kerana bahan-bahannya adalah 100% bahan-bahan homeopathy yang sememangnya amat selamat untuk semua peringkat umur.

Energy Malt akan berada dipasaran selepas Hari Raya Aidil Fitri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s