BC20 – Bio Slim Combo


Apakah BC20 ini?

Bila produk yang bermula dengan BC ini menunjukkan produk ini ialah dari persediaan garam tisu atau biochemic, sama seperti BC01,BC02,BC03 dan lain-lain yang disediakan secara kombinasi beberapa remedi biochemic untuk pelbagai masalah kesihatan. BC20 adalah ramuan kombinasi untuk menurunkan berat badan atau ingin mengekalkan berat badan yang ideal selepas seseorang itu telah berjaya menurunkan berat badan.

Boleh kurus ke bos?

Boleh kurus ke bos? , soalan yang penuh hormat dan sopan dari kawan-kawan dan adik serta saudara  saya yang boleh dianggap “chubby”. Jawapannya YA atau TIDAK. Ya jika diamalkan setiap hari dan TIDAK jika anda tidak yakin atau berfikiran negatif sebelum mencuba. Pernah saya memberi secara percuma kepada seorang saudara saya untuk mencuba tetapi tidak ada kesan langsung!, mengapa jadi begitu?. Jawapannya dia hanya ambil remedi bila ada “mood” sahaja kerana ubat itu percuma!.

Ubat kurus atau apa-apa ubat sekali pun jika diberi secara percuma, maka ubat itu akan di “tong sampahkan” , jadi selepas itu saya tidak pernah memberi secara percuma lagi … Sehinggalah saya dianggap “tangkai jering”, tak kisahlah kan..hehe.

Hasil dari sikap “tangkai jering” saya, seorang kawan  yang beratnya sentiasa di “border’ BMI “overweight telah berjaya mengawal berat badannya. Selepas 3 bulan dia membayar untuk BC20, kini dia telah berada di BMI yang selamat, dalam lingkungan BMI20!

Bila bercakap mengenai pil kurus atau ubat slim, pengguna akan mengharapkan kesan yang pantas. Contohnya “2 MINGGU ANDA DAPAT TURUN 5 KILO!” atau syarikat pil kurus atau ubat slim akan mengekploitasi pengguna yang telah berjaya menurunkan berat badan. Setiap hari Ahad pasti akan terdapat iklan yang akan terdapat gambar serta  testimoni yang amat power sekali !

Kesan yang pantas  merupakan “selling point” yang amat berharga untuk melariskan sesuatu produk, sementara pengguna juga tidak sabar-sabar untuk kembali slim tanpa menghiraukan kesan sampingan. Saya bukan anti-iklan atau anti-gimik, kerana saya juga seorang penjual yang memerlukan saya untuk memasarkan produk-produk saya, tetapi saya anti penipuan atau konsep pemasaran yang melampau-lampau sehingga membahakan para pengguna.

BC20 boleh dipesan melalui biohomeopati.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s