Sepia 200 dan Melasma Free – Jeragat Ada Remedinya

a ubat jeragat watermark

Sepia Untuk  Masalah Hormon Wanita

Melasma (Choloasma)

Hormon dan wanita adalah 2 perkara yang tidak dapat dipisahkan, seperti irama dan lagu. Boleh dikatakan masalah kesihatan yang terjadi kepada wanita adalah berkaitan hormon yang tidak stabil. Sama ada sakit kepala sewaktu kitaran haid, beremosi sehinggalah kepada perasan marah yang tidak terkawal seperti menjerit-jerit dan menangis. Perasaan rasa panas yang menyerbu muka (hot flashes) tatkala menopause, sakit sendi dan masalah berkaitan gastro dan beberapa masalah yang terlalu banyak untuk diberi contoh.

Salah satu masalah yang sering menganggu penampilan seseorang wanita ialah Melasma atau choloasma.

Apa itu Melasma?

Melasma ialah tompokan berwarna coklat, atau coklat kebiruan atau kelihatan coklat yang pudar . Melasma sering terjadi kepada wanita dan agak jarang terjadi kepada lelaki. Melasma sering terjadi dibahagian atas pipi, atas bibir, dahi dan dagu.

Punca Terjadi Melasma

Punca utama tidak dapat dikenalpasti, kebiasaannya ia akan terjadi kepada wanita yang mengambil pil perancang, sering terdedah kepada sinaran matahari dan perubahan hormon sewaktu mengandung, bila ia terjadi kepada wanita mengandung ia dipanggil Chloasma . Melasma sering terjadi kepada wanita berumur 20-50 tahun.

Begitulah secara ringkasnya bagaimana Melasma menganggu emosi dan penampilan seseorang wanita selain daripada jerawat.

Homeopathy dan Melasma.

Homeopathy merupakan kaedah yang kedua popular di Amerika Syarikat selain dari penggunaan krim untuk memudarkan kesan melisma. Homeopathy mendapat tempat di hati kerana kesan penyembuhannya bukan hanya sekadar memudarkan melisma tersebut. Manfaat remedi agak luas termasuk menstabilkan perubahan hormon kepada seseorang wanita, di mana perubahan hormon yang akan mengaitkan kepada lain-lain masalah kesihatan seperti dinyatakan di atas.

Salah satu remedi utama ialah Sepia 200. Biochemic atau garam tisu yang berasaskan bahan mineral juga mampu merawat Melasma. Berikut ialah remedi yang disediakan di dalam bentuk tablet manis atau cecair.

melasma2

 

  • Sepia 200 – Melasma yang terjadi sewaktu mengandung berwarna coklat gelap seluruh muka, di pipi atau hidung. Kerap mengalami masalah haid seperti terlalu awal, haid tidak teratur dan haid yang sedikit (scanty). Wanita yang memerlukam Sepia juga sering alami rasa pedih, bengkak dan gatal di vagina.

Jika anda mengalami simptom berbeza,  anda mungkin memerlukan Caulophyllum 200,

  • Caulophyllum 200 – Bagi wanita yang mengalami masalah uterine dan masalah haid, uterus yang lemah, keputihan yang teruk, haid yang sedikit, sering sakit yang menekan di uterus dan kesakitan saraf di sendi.

Sepia 200 dan Caulophyllum 200 di saran untuk mengambil Biochemic Combo For Melasma secara selang seli bagi mendapat kesan yang lebih cepat dan berkesan.

  • Melasma Free – di ambil secara bergilir bersama-sama remedy seperti Sepia dan Caulophyllum. Melasma yang coklat gelap, di pipi sewaktu atau selepas mengandung, wanita mengandung yang sering merasa lemah-lemah tubuh badan. CP6X, KP3X, NM3X, NS3X, Sil – 12X di hisap 2-4 biji 3 x sehari sebelum makan.

Mengikut feedback gabungan telah mendapat maklumbalas yang amat memberangsangkan. Jika ada sebarang pertanyaan sila isi borang dibawah, dan saya akan mencuba menjawab dengan seberapa segera. Ceria-ceria selalu

 

 

 

Holistic Homeopathy

Holistic Homeopathy Acne & Scar Teatment


Tahukah penyebab UTAMA jerawat anda ?


Nota : Hanya remedi atau ubat oral Dr.Reckeweg yang dihasilkan di Germany, Krim dan sabun adalah buatan India, yang dipanggil Carmino Complexion Cream dan Soap, hanya bekas sahaja telah dinaiktaraf

Jerawat tidak mengenal bangsa , darjat dan keturunan, hampir 80% remaja gadis dan lelaki di Malaysia mengalami jerawat akibat dari pemakanan dan polusi. Akhirnya anda boleh tersenyum dengan kaedah paling selamat didunia!

Jerawat atau akne merupakan masalah kulit yang biasa, yang bukan hanya akan meninggalkan parut di muka sahaja tetapi akan menjadikan seseorang itu merasa rendah diri, kerana tekanan perasaan akibat rasa rendah diri sehinggakan ramai yang terjebak dengan ubat-ubat jerawat dan produk-produk kosmetik yang merbahaya. Akibatnya masalah jerawat dan kulit semakin bertambah teruk.

“Untuk merawat sehingga sembuh jerawat yang dimuka anda, adalah sangat KRITIKAL untuk anda memahami punca SEBENAR yang menyebabkan jerawat terjadi…” ( TIDAK seorang pun ahli dermatologi atau sesiapa pun yang pernah memberitahu anda)…

Testimoni pengguna

salam doc..ada bnd lupa nak gitau doc.. jrwt makin berkurangan n sembelit pun dah ok

tp 1 yg sy br prasan bila dah 3 minggu ambil pakej komprehensif R7,23,53, krim calendula n sabun, kulit

bdn mcm jd cerah sikit..sbb kwn2 yg tgor. 2 mggu lps sy main basket wakil

campus. apa lagi kulit tgn n muka burn gila la..skrg burn kat tgn dah

hilang mlh kelihatan lg cerah dr b4 ni. kat muka plak, burn tu tak la

hilang sepenuhnya tp still kwn2 ckp sunburn tu dah mula pudar n cepat

pulak tu..kwn2 yg lain still burn lg so diorg tny apa yg sy pkai..so sy

pon promote la produk2 homeopati ni..hehehe..alrite

itu shj..selamat brbuka doc..

Cik Dy, Shah Alam.

PUNCA sebenar terjadinya jerawat


Owhh .. tidak bukan kerana bacteria seperti yang anda agak dan baca di online, jika disebabkan bacteria pastilah jerawat akan menjadi penyakit berjangkit..

Juga bukan kerana diet pemakanan yang salah (jika akibat diet yang teruk pastilah lagi ramai yang akan mengalami jerawat, tetapi bukan semua yang mengamalkan diet yang tidak teratur mengalami masalah jerawat).


Pasti anda begitu MISTERI apakah PUNCA utama jerawat?


Testimonial Pengguna 2

Alhamdullilah jerawt sy dh kurng walau masih ada yg kcl tumbuh 2,3 tmpt.sy nk bli lg set Komprehensif tu R7,23 & 53 sabun dank rim tu pun bes. R7 kwn nk ordr.dulu sy yg sms doc lwt mlm.doc suggst pakej n sabun n 2 krim tu.sy nk bnk in dlm 25 hb or 26.tunggu gaji.agak2 smua 4 brg ada tk doc tarikh tu.

Cik Jie, Kelantan D.N


PUNCA
sebenar terjadinya jerawat


Hanyalah 2 perkara dan tidak lebih dari 2 perkara berikut…


…Pengumpulan toksik yang terjadi di dalam darah dan sistem limfa di mana hati (liver) gagal untuk menyahtoksik dan meneutralkan darah untuk dibekal ke sel-sel dan akibat ketidakseimbangan hormon….

Tidak begitu jelas ..begini…

Bila kita bernafas atau makan ia akan mengumpul toksin. Hati akan bekerja keras untuk meneutralkan toksik-toksik tersebut. Bila anda alami sembelit, maka anda meletakkan hati pada situasi yang amat sukar untuk meneutral toksin-toksin yang terhasil, lalu akan menjurus kepada pengeluaran toksin ke kulit dan muka. Akhirnya toksin yang berlebihan itu akan menyebabkan pengeluaran toksin ke kulit dan muka, akibatnya menjadi jerawat dan pelbagai masalah kulit.

Hati (liver) bertanggungjawab untuk menyahtoksik darah yang datang dari kolon atau usus besar, paru-paru dan sistem limfatik. Bila sudah dineutralkan,

darah tersebut akan bergerak ke seluruh tubuh. Darah yang dineutral itu akan membekalkan sel-sel dengan oksigen dan fungsinya untuk proses penghadaman nutrisi.

Dan

Hormon adalah berunsur kimia di dalam tubuh yang digunakan sebagai utusan di antara organ dan memberi isyarat untuk organ-organ tersebut bertindak apa yang sepatutnya.

Berbalik kepada jerawat anda.. hormone androgenic akan memberi arahan kepada kelenjar minyak di kulit untuk menghasilkan sebum atau minyak di kulit dengan kuantiti yang sepatutnya untuk “dikeluarkan”

Jika hormone androgenic terjadi dengan banyak dan terapung di sekitar kelenjar minyak atau sebum, maka terjadilah “pengeluaran berlebihan” sebum atau minyak di kulit.


Testimonial Pengguna 3

Pink —: lepas saya makan pkej komprehensif ni tu. Krim dan sabun tu kulit saya licin

Pink —: saya ingat saya perasaan kali adik saya tegur

Dr—: owhh

Pink —: oooo upenye saya tak perasaan le, lps amik r7 sembelit ok jerawat pn slow down

Pink —: mmg betul ar

Pink —: hihihi

Dr—: hehehe

Dr—: alhamdulilah

Pink —: alhamdulillah

Pink —: segala puji bagi Allah

Cik Ida, Manjalara KL


Jerawat akhil baligh… mengapa terjadi ?


Jerawat sering terjadi bila seseorang kanak-kanak lelaki atau perempuan menghampiri atau setelah akil baligh kerana..

Terjadi gelombang yang besar (seolah-olah litar pintas) pada kadar serentak atau sekaligus yang dihasilkan oleh androgenic hormone.

Apabila proses ini terjadi, hati akan menjadi “sesak”, proses peneutralan menjadi perlahan akibat “kerja tambahan” selain untuk meneutral toksin yang dihasilkan sebelum ini, lalu terjadi pertindihan hormon-hormon serta darah bertoksin didalam hati akibat “serbuan” tersebut.

Bila hati gagal untuk “bekerja kuat”. Darah akan dipenuhi lebihan hormone androgenic dan darah bertoksin yang akan mengakibatkan “breakout” yang menggila di muka remaja tersebut.


Testimonial Pennguna Ke 4

Ass’kum doc . Saya baru berumur 16 thn, jerawat mula naik bila saya mula period pada form 1, dahi , pipi dan dagu ..besar2 pulak tu, mak dah beli mcm2 ubat sapu tetapi makin teruk ada la, mujur sepupu saya sudah mencuba pakej ni dan hampir pulih pun.. so saya minta mak orderkan. Dah hamper masuk bulan kedua doc , saya suka bau sabun tu sedap sangat, krim pun ok tetapi bila minum R7,R53 dan R23 hihihihi tak sedap tapi demi untuk cantik saya teruskan juga. Ada ke lain2 remedi atau pakej untuk saya teruskan doc?

Ina, Sandakan Sabah

Holistic Homeopathy Acne & Scar Teatment


Jerawat tidak mengenal bangsa , darjat dan keturunan, hampir 80% remaja gadis dan lelaki di Malaysia mengalami jerawat akibat dari pemakanan dan polusi. Akhirnya boleh tersenyum dengan kaedah paling selamat didunia!


Kerap kali bila jerawat mula tumbuh dimuka, anda akan panik , dan tidak tahu bagaimana hendak mendapat rawatan dan nasihat.

Bagaimana untuk mendapat kulit yang cantik tanpa membahayakan kesihatan dan kesan sampingan ?

Homeopati adalah sistem perubatan yang berusia lebih 2 abad yang menawarkan remedi (tidak disebut ubat kerana homeopati tidak menggunakan sebarang dadah) yang selamat, lembut, berkesan dan boleh diharap, untuk remaja dan juga orang dewasa.

Di Malaysia kesedaran tentang bahayanya produk kosmetik semakin meningkat, ramai yang mencari-cari produk yang selamat dan tanpa kesan sampingan. Oleh itu produk homeopati mendapat permintaan yang tinggi kerana kesan penyembuhannya tidak artificial tetapi adalah penyembuhan yang sebenar.


Bagaimana rawatan secara Holistik Homeopati ?


Homeopati tidak merawat masalah kulit seperti jerawat dengan hanya menyapu krim dan membenam jerawat kedalam kulit muka. Konsep Homeopati lebih menyeluruh dan percaya rawatan secara holistik adalah penting dimana merawat keseluruhan tubuh pesakit bukan hanya pada muka atau di mana penyakit itu terjadi sahaja.

Pakej Holistic Homeopathy For Acne And Scar Treatment, adalah remedy 100% persediaan Homeopati yang rumus khas oleh pakar-pakar Homeopati Germany khusus untuk merawat jerawat dan parut. Disedia di dalam bentuk cecair untuk mempercepatkan proses penyerapan ke dalam sel-sel tubuh.

R7 – Setiap masalah kulit seharusnya bermula dengan rawatan mencuci hati (liver drainage treatment) yang akan membantu menghapus pengumpulan sejumlah toksin yang terdapat didalam tubuh, pengumpulan toksin didalam tubuh adalah penyebab utama terjadinya masalah kulit yang teruk dan kronik.

R23 – Adalah untuk rawatan masalah eczema yang akiut (tiba-tiba) dan kronik (lama), jerawat, kesan hitam bila luka atau jerawat mula sembuh (scabs), lepuhan (blister) dan kulit kering yang bersisik. Biasanya erupsi (eruptions) adalah basah dan akan membentuk nanah.

R23 – Adalah remedy yang amat berkesan untuk remaja malah juga kepada orang dewasa yang mengalami jerawat batu, eczema, inflamasi kulit (dermatitis) dan pembentukan nanah . Formula ini sesuai untuk keadaan muka berminyak atau pun kering.

Cream Complexion With Aloe Vera – Krim sapuan Homeopati yang amat lembut tetapi amat berkesan untuk mengawal jerawat yang bernanah, menghapus parut dan jeragat dengan formula Homeobotanical, krim ini bebas dari bahan-bahan kosmetik, hydroquinone dan lain-lain.

Sabun Complexion – mempunyai pH yang amat sesuai dengan semua jenis kulit, formula bunga-bungaan yang mempunyai kesan antiseptic, anti-oxidant dan anti-ageing serta mencerahkan kulit. Sabun ini juga mengandungi 100% bahan Homeobotanical yang tidak tertaluk dengan bahan-bahan kosmetik atau kimia.

Cara pengambilan remedi:

Remedi R7 , perlu dihabiskan terlebih dahulu. Titis 15 titis 3 kali sehari sewaktu perut kosong.

Remedi R23 di ambil selepas remedy A1 habis , di selang seli dengan remedi R53, Titis 15 titis 3 kali sehari sewaktu perut kosong. Cara pengambilan , pagi ambil R23 , tengah hari ambil R53 dan malam ambil R32 semula.

Krim Complexion With Aloe Vera perlu diguna pada sebelah malam sahaja, selepas dicuci muka dengan Sabun Calendula Plus bersama-sama air suam. Krim disapu secara putaran keseluruh muka dan biarkan semalaman.

Harga pakej yang amat menjimat hanya RM190 dan penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia , jika dibeli berasingan kos untuk keseluruhan produk-produk hebat ini ialah RM300