Krim Jerawat Untuk Remaja


Boleh di katakan setiap 10 orang remaja, 5-6 orang daripadanya akan mempunyai masalah jerawat. Terutama sebelum dan sewaktu puberty atau akil baligh. Perubahan hormon sering dikaitkan dengan masalah jerawat remaja selain dari penjagaan kebersihan yang selalu diabaikan. Bila dibawa ke doktor perubatan konvensional samaada klinik biasa ataupun pakar, hanya krim dan antibiotik yang akan diberikan. Krim yang popular untuk jerawat semestinya yang mengandungi Benzoyl Peroxide. Benzoyl Peroxide sememangnya telah terbukti amat berkesan untuk membenam atau supresi jerawat, di katakan amat popular dikalangan penderita jerawat remaja dan juga dewasa.

Benzoyl Peroxide akan bertindak dengan pantas dan amat popular serta dijual dengan meluas, mudah di dapati di pharmasi dan klinik. Seperti mana produk konvensional lain yang pantas bertindak, kesan sampingan yang akan menjadi tetamu tidak diundang pasti mentusul. Kemungkinan kesan sampingan yang akan “diperolehi” ialah seperti kulit menjadi amat kering, merah dan rasa terbakar.

Remedi dan Produk Homeopathy (Homeopati)

Remedi dan produk homeopathy amat lembut dan boleh diharapkan, tetapi agak “slow”. Kadang-kadang akan terjadi “outbreak”, jerawat akan ditolak keluar bersama-sama nanah yang mengandungi bakteria Propionibacterium acnes.

Mengapa proses ini terjadi? Remedi dan produk hoemopathy berkonsep merawat seluruh tubuh pesakit bukan hanya membenam jerawat seperti “menyapu sampah dan simpan dibawah tikar” , makin banyak  sampah disimpan dibawah tikar, lama kelamaan sampah tersebut akan membonjol dan terkeluar dari bawah tikar.

Jika dibenam jerawat itu, kulit luaran akan kelihatan gebu dan cantik tetapi dibawah lapisan kulit terdapat aktiviti yang akan meletus dan mungkin akan terjadi kanser jika tidak dirawat. Produk yang mengandungi remedi homeopathy seperti BC01 Acne & Scar, Aquifolium drops dan lain-lain KADANG-KADANG bukan satu kemestian yang akan menyebabkan outbreak dari terjadi. Jika terjadi outbreak bukanlah perkara negatif tetapi ia adalah positif, yang perlu hanya kesabaran, minum air dengan banyak, makan buah-buahan dan dapatkan rehat yang secukupnya. Bio-T3 Skin Forte yang mempunyai Tea tree oil adalah pengganti kepada Benzoyl peroxide untuk membunuh bakteria, Bio-T3 Acne Lift On Gel terutamanya cukup berkesan untuk mempercepatkan proses mengecutkan jerawat yang sedang “mengamuk”.Gel ini disediakan di dalam gel Aloe vera yang tidak akan menjadikan kulit  kering. Aloe vera akan membantu melembabkan kulit dan Tea tree oil akan membunuh bakteria dan menghalang bakteria untuk membiak jerawat yang baru.

Jerawat akan terjadi bila pori-pori tersumbat akibat sebum sudah bercampur dengan sel kulit mati dan bakteria, bagi membuka laluan pori yang tersumbat Bio-T3 Deep Cleanser akan membantu membuang kotoran yang menganggu laluan di pori.

Bio-T3 Natural Acne Cream yang mempunyai bahan-bahan homeobotanical seperti Calendulla, Echinacea, Cucumis satimus atau timun, Chamomile, Lavender, Kolagen dan lain-lain akan melembab, menyerap ke dalam pori dan akan mengecutkan jerawat dengan cara yang amat selamat dan semulajadi.

Bagaimana Pula Remedi Makan?

Tidak lengkap rawatan anda jika tidak mengambil remedi yang berasaskan Biochemic yang amat terkenal untuk menjadi pengimbang mineral yang berkurangan atau yang berlebihan di dalam sistem tubuh yang kompleks. Untuk saya membantu memilih remedi makan yang sesuai anda perlu;

  • Terangkan mengenai diri anda seperti umur, pekerjaan dan lain-lain
  • Menggambarkan keadaan jerawat anda, contoh bernanah, gatal dan sakit, melarat jika panas, melarat jika dibasuh dengan air sejuk
  • Jika wanita, adakah haid anda ok atau sering “terbabas” kitaranya, mudah sensitif dan lain-lain
  • Selain muka adakah jerawat naik di belakang tubuh , dada, tengkuk dan lain-lain
  • Jika ada cerita tambahan , anda digalakan untuk menambah.

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s